Tuesday, October 12, 2010

////

Tingkah Laku




DEFINISI TINGKAH LAKU

Tingkah laku adalah perlakuan atau percakapan seseorang individu. Ia juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar atau separa sedar. Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Garry Martin dan JosephPear (2003) berpendapat bahawa tingkah laku juga merangkumi aktiviti aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar dan aktiviti eletrik oleh setiap organ.
Mengikut (PL94-142) masalah Tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku dalam tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.

DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pengurusan tingkah laku satu perancangan untuk mengubah tingkah laku bermasalah ke satu tingkah laku matlamat yang ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Sebagai guru, kita hendaklah membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif.
• Langkah asas:-
Ø Kenal pasti tingkah laku
Ø Tentukan sasaran
Ø Pilih strategi, kaji kesan
Ø Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru


Tingkahlaku Bermasalah

Tingkah laku Bermasalah terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif merangkumi tingkah laku ingin tahu, tingkah laku cepat belajar, tingkah laku pintar cerdas, dan tingkah laku proaktif.

Tingkah laku bermasalah negatif pula merangkumi tingkah laku yang menghalang (bergantung). Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Ia merujuk kepada rasa kebimbangan iaitu sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri, selain itu, rasa pergantungan berlebihan iaitu terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari. Selain itu, rasa pengunduran diri iaitu malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari dirinya. Selain itu juga, rasa pengasingan diri iaitu tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan
Selain itu juga, ia merangkumi tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ). Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. Ia merujuk kepada hiperaktif iaitu kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif. Selain itu ia merujuk kepada kelakuan nakal iaitu suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Selain itu, bising iaitu kanak-kanak yang menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .selain itu, bergerak sesuka hati iaitu kanak-kanak yang suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. Selain itu, sikap yang ditonjolkan ialah ketawa kuat misalnya ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya. Selain itu juga, sikap yang ditonjolkan ialah agresif secara lisan atau fizikal misalnya menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan.

Selain itu, tingkah laku bermasalah merangkumi tingkah laku anti sosial (distruktif). Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Tingkah laku ini merujuk kepada permusuhan nyata iaitu suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya. Selain itu, vandalisme iaitu suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja. Selain itu, kumpulan liar yang melibatkan kanak-kanak yang terlibat dengan kumpulan tidak bermoral. Selain itu, lik iaitu kanak-kanak yang mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik. Selain itu juga, geng iaitu kanak-kanak yang menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.

Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang

0 Reactions to this post

Add Comment

    Post a Comment

    Followers