Wednesday, October 13, 2010

////

STRATEGI MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU


            Terdapat tiga strategi dalam menangani masalah tingkah laku. Antaranya ialah strategi meningkatkan tingkah laku, mengurangkan tingkah laku dan juga dengan menggunakan model pengurusan tingkah laku.

            Tingkah laku yang baik atau yang diingini yang di tunjukkan oleh murid hendaklah di tingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti peneguhan positif iaitu pemberian peneguhan/ganjaran selepas sesuatu tingkah laku yang diingini di tunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau di tingkatkan lagi. Peneguhan negatif merupakan penarikan rangsangan negatif(aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Selain itu, pembentukan (shaping) ialah pemberian pengukuhan kepada pelakuan-pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Kontrak merupakan persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid di pertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak di ubah  dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. Ekonomi Token pula ialah peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan pengukuh/benda lain yang disediakan oleh guru. Modeling ialah menggunakan watak-watak (murid,guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. Disamping itu, rantaian(chaining) merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan dan yang terakhir ialah pengaburan/pelunturan(fading) iaitu mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-lahan.

             Strategi mengurangkan tingkah laku ialah dengan cara penghapusan(extinction) iaitu memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Cara ‘time-out’ pula ialah dengan menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Kejemuan(satiation) pula membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukanya dan behenti sendiri. Hukuman/dendaan dengan contoh tahanan kelas(lambat balik), dendaan fizikal, ambil balik token/hak. Selain itu, disensitisasi ialah tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan(takut bercakap di depan kelas, fobia). Overcorrection pula merupakan prosedur yang memerlukan pelajar membaiki keadaan/kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumya contohnya membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali atau bukan hanya mengelap bahagian lanati yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu dan yang terakhir ialah ‘response cost’ iaitu suatu bentuk penarikan peneguhan/ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Bagi strategi pengurusan tingkah laku mengikut model  pula, para pengkaji tiga teori utama iaitu model psikodinamik, model biofizikal dan model persekitaran. Bagi model psikodinamik, terdapat teori yang menyatakan bahawa punca tingkah laku manusia adalah dari faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Berdasarkan perspektif psikodinamik, perkembangan personaliti kanak-kanak berlaku semasa mereka membesar melalui siri tingkat psikoseksual. Dalam model ini, strategi pengurusan adalah melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti. Seterusnya adalah teknik media ekspresif yang melibatkan lakonan bebas, permainan boneka, main peranan dan aktiviti fizikal. Selain itu, teknik pengaruh tingkah laku juga boleh diaplikasikan seperti tidak mengendahkan suatu tingkah laku yang dibuat secara terancang atau mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan perbualan bersahaja.

Model seterusnya adalah model biofizikal yang menegaskan bahawa punca tingkah laku berlaku secara organik. Model ini mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang digunakan dalam model ini adalah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran, penjagaan pemakanan, perubatan dan nutrisi. Peranan guru amat diperlukan dalam intervensi ini.

            Seterusnya adalah model persekitaran yang menyatakan bahawa pengaruh persekitaran tehadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli dalam teori ini mnyatakan bahawa pengasingan kanak-kanak dari suatu persekitaran bermasalah boleh mengelakkan mereka dari tingkah laku yang tidak diingini tersebut. Intervensi tingkah laku menurut model ini adalah berpusatkan murid atau berpusatkan persekitaran atau berpusatkan murid dan persekitaran. Justeru, kanak-kanak diberi peluang menentukan kaedah pembelajaran mereka tetapi berpandukan guru.


0 Reactions to this post

Add Comment

    Post a Comment

    Followers