Pada pagi hari pelajar datang ke sekolah dihantar oleh ibubapa pelajar. Mereka akan bersalaman sebelum masuk ke kelas.
Pada pukul 7.40 pagi, pelajar akan beratur di tepi kelas untuk mengaminkan doa.
Pukul 7.45 pagi, pelajar masuk ke dalam kelas masing-masing untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Selepas itu, masa untuk pelajar rehat. Kali ini mereka rehat hanya di dalam kelas kerana bulan puasa. Sebelum makan para pelajar akan membaca doa secara beramai-ramai.
Sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru kelas dan guru subjek yang akan diajar.
Pada pukul 12.00 tengahari pelajar bersiap untuk pulang ke rumah.
Sebelum pulang pelajar akan bersalaman dengan semua guru dan pembantu pengurusan murid.
Murid dibekalkan dengan makanan rancangan tambahan ( RMT ) setiap seorang.
Thursday, October 21, 2010
Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan Pendidikan Khas :
• Guru menguruskan tabung kebajikan untuk pelajar
• Sumbangan dari badan-badan NGO
• Sumbangan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru
• Pengurusan buku rekod pelajar
• Pengurusan kewangan murid
• Fail pengurusan pendidikan khas
• Fail surat aktiviti pertandingan
• Fail perancangan aktiviti harian
• Guru menguruskan tabung kebajikan untuk pelajar
• Sumbangan dari badan-badan NGO
• Sumbangan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru
• Pengurusan buku rekod pelajar
• Pengurusan kewangan murid
• Fail pengurusan pendidikan khas
• Fail surat aktiviti pertandingan
• Fail perancangan aktiviti harian
Wednesday, October 13, 2010
Saya telah merancang strategi pengurusan tingkah laku bagi menangani tingkah laku bermasalah oleh murid ini. Murid ini gemar menggangu rakan-rakannya ketika guru sedang mengajar. Hal ini menyebabkan beliau tidak menumpukan perhatian pada pengajaran dan juga disisihkan oleh rakan-rakan yang lain. Selain itu, murid ini juga menjadi lebih agresif ketika permintaan atau kata-katanya tidak dipedulikan.
Strategi pertama yang saya cuba lakukan adalah menasihati murid supaya tidak melakukan tingkah laku negatif tersebut. Saya menjadikan rakan-rakannya sebagai contoh untuk beliau ikuti. Saya juga memberi lebih perhatian kepadanya agar beliau merasakan dirinya dihargai. Lebih-lebih lagi, saya turut member peluang kepada beliau untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Hal ini menyebabkan timbul kepercayaan dalam dirinya terhadap saya. Bagi menarik perhatian murid ini dalam pengajaran, saya mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang menarik.
Selain itu juga, peneguhan-peneguhan turut diberikan untuk memastikan pengekalan tingkah lamu baru. Peneguhan positif diberikan sekiranya beliau melakukan tingkah laku positif. Antara peneguhan tersebut berupa pujian seperti “bagus” atau “baik”. Walau bagaimanapun, saya kurang memberikan ganjaran atau hadiah kerana bimbang murid tersebut akan terlalu bergantung atau berharap pada ganjaran untuk melakukan tingkah laku yang baik.
Peneguhan negatif turut dicadangkan agar murid ini tidak terlalu dimanjakan. Teguran dan nasihat sentiasa diberikan sekiranya masih melakukan tingkah laku negatif tersebut. Di samping itu juga, ketika proses P&P berlangsung, saya memegang tangannya agar murid tersebut menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan sekali gus beliau tidak dapat mengganggu rakannya. Saya juga memindahkan tempat duduknya berdekatan dengan saya agar beliau tidak berkesempatan untuk melakukan tingkah laku tidak baik. Hukuman dan pengasingan harus disertakan sekiranya pengulangan tingkah laku yang sama berlaku.
Terdapat tiga strategi dalam menangani masalah tingkah laku. Antaranya ialah strategi meningkatkan tingkah laku, mengurangkan tingkah laku dan juga dengan menggunakan model pengurusan tingkah laku.
Tingkah laku yang baik atau yang diingini yang di tunjukkan oleh murid hendaklah di tingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti peneguhan positif iaitu pemberian peneguhan/ganjaran selepas sesuatu tingkah laku yang diingini di tunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau di tingkatkan lagi. Peneguhan negatif merupakan penarikan rangsangan negatif(aversive stimulus) setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut. Selain itu, pembentukan (shaping) ialah pemberian pengukuhan kepada pelakuan-pelakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki. Kontrak merupakan persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau bertulis. Murid di pertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak di ubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku. Ekonomi Token pula ialah peneguhan yang diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker, dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini boleh ditukarkan dengan pengukuh/benda lain yang disediakan oleh guru. Modeling ialah menggunakan watak-watak (murid,guru) yang disukai dan dihormati untuk diteladani oleh murid. Disamping itu, rantaian(chaining) merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan dan yang terakhir ialah pengaburan/pelunturan(fading) iaitu mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-lahan.
Strategi mengurangkan tingkah laku ialah dengan cara penghapusan(extinction) iaitu memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku baru yang positif. Cara ‘time-out’ pula ialah dengan menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan. Kejemuan(satiation) pula membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukanya dan behenti sendiri. Hukuman/dendaan dengan contoh tahanan kelas(lambat balik), dendaan fizikal, ambil balik token/hak. Selain itu, disensitisasi ialah tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup atau takut yang berlebihan(takut bercakap di depan kelas, fobia). Overcorrection pula merupakan prosedur yang memerlukan pelajar membaiki keadaan/kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumya contohnya membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali atau bukan hanya mengelap bahagian lanati yang ditumpahi makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik itu dan yang terakhir ialah ‘response cost’ iaitu suatu bentuk penarikan peneguhan/ganjaran secara sistematik terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.
Bagi strategi pengurusan tingkah laku mengikut model pula, para pengkaji tiga teori utama iaitu model psikodinamik, model biofizikal dan model persekitaran. Bagi model psikodinamik, terdapat teori yang menyatakan bahawa punca tingkah laku manusia adalah dari faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Berdasarkan perspektif psikodinamik, perkembangan personaliti kanak-kanak berlaku semasa mereka membesar melalui siri tingkat psikoseksual. Dalam model ini, strategi pengurusan adalah melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti. Seterusnya adalah teknik media ekspresif yang melibatkan lakonan bebas, permainan boneka, main peranan dan aktiviti fizikal. Selain itu, teknik pengaruh tingkah laku juga boleh diaplikasikan seperti tidak mengendahkan suatu tingkah laku yang dibuat secara terancang atau mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan perbualan bersahaja.
Model seterusnya adalah model biofizikal yang menegaskan bahawa punca tingkah laku berlaku secara organik. Model ini mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang digunakan dalam model ini adalah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran, penjagaan pemakanan, perubatan dan nutrisi. Peranan guru amat diperlukan dalam intervensi ini.
Seterusnya adalah model persekitaran yang menyatakan bahawa pengaruh persekitaran tehadap tingkah laku manusia pada masa kini sangat ketara. Ahli dalam teori ini mnyatakan bahawa pengasingan kanak-kanak dari suatu persekitaran bermasalah boleh mengelakkan mereka dari tingkah laku yang tidak diingini tersebut. Intervensi tingkah laku menurut model ini adalah berpusatkan murid atau berpusatkan persekitaran atau berpusatkan murid dan persekitaran. Justeru, kanak-kanak diberi peluang menentukan kaedah pembelajaran mereka tetapi berpandukan guru.
Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Di Sekolah
PENGENALAN
Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika guru itu bermotivasi, kreatif dan inovatif dalam menjayakan pengajaran agar ianya dapat mencapai objektif-objektif yang hendak dicapai.
Antara kaedah-kaedah dan pendekatan yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kaedah penerangan, sumbang saran, soal jawab, simulasi, lakonan, nyanyian, nasyid dan sebagainya. Ianya bergantung kepada jenis objektif yang hendak dicapai. Oleh kerana tajuk perbincangan kerja kusus Pengenalan Bahasa Arab adalah berkaitan dengan aplikasi permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab komunikasi sekolah kebangsaan, maka perbincangan mengenai tajuk ini akan menjurus kepada pendekatan permainan bahasa sebagai wadah untuk mencapai matlamat dan objektif bahasa Arab komuniksi sekolah kebangsaan.
1.1 Konsep dan maksud Permainan Bahasa
Permainan bahasa berkonsepkan belajar sambil bermain (study and fun). Iaitu murid-murid didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran mereka. Jelasnya bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak disediakan bagi tajuk-tajuk yang telah dipilih untuk dipraktikan dalam pengajaran. Pendekatan ini diharap akan dapat membantu murid-murid yang lemah dalam pelajaran BAKSK meningkatkan tahap kecerdasan dan keinterlektual mereka. Pendekatan ini akan menjadi lebih mudah diikuti walaupun pelajar tersebut memiliki tahap IQ yang lemah. Ini bermaksud melalui pendekatan permainan bahasa, guru akan menyediakan bahan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian bagi menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya bersedia menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu.
Michael berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran.[1] Ini akan mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku.
Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan permainan bahasa yang telah dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky (1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1971), Herbert (1968), mereka banyak membicarakan tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat, bahawa kesesuaian bahan permainan bahasa itu dapat digunakan di sekolah-sekolah untuk tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam latihan membina stuktur perkataan, ayat, perbendaharan kata dan sebagainya[2]. Natijahnya murid akan dapat memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka.
Matlamat
Seperti pendekatan-pendekatan atau kaedah yang lain, kaedah permainan bahasa juga mempunyai beberapa matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh setahun atau tiga tahun, selepas kaedah tersebut dipraktikkan. Iaitu sejauhmanakah keberkesanan kaedah ini dapat mempertingkatkan prestasi penguasaan bahasa Arab dikalangan murid sekolah kebangsaan. Kaedah permainan bahasa merupakan salah satu instrument yang penting dalam menggarap matlamat pendidikan diantara tujuan permainan bahasa diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajarn adalah seperti berikut ;[3]
(a) Mewujudkan senario pembelajaran yang berlainan daripada Pengajaran dan pembelajaran biasa.
(b) Murid diberi peluang untuk menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan bertutur semasa bermain.
(c ) Memberi peluang kepada murid untuk menambahkan lagi perbendaharaan kata mereka.
(d) Mewujudkan suasana pembelajaran yang efisyen. Iaitu Murid dapat berinteraksi antara satu sama lain tanpa rasa malu atau segan dan menimbulkan minat untuk bekerjasama dalam satu kumpulan atau pasukan di dalam mana-mana aktiviti yang akan dijalankan.
(e) Guru mempelbagaikan teknik-teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya ia lebih menarik dan berkesan.
(f) Naluri ingin tahu dan bermain adalah sesuatu yang bersifat ( natural) semulajadi di kalangan murid. Jesteru itu, dengan pendekatan permainan bahasa diharap suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan menyenangkan murid.
(g) Aktiviti bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada murid mengapliksikannya di dalam situasi yang pelbagai.
(h) Guru dapat membentuk sikap positif yang sihat di klangan murid. Contohnya sikap hormat-menghormati, bantu-membantu, saling bekerjasama, patuh kepada arahan dan peraturan, berani mencuba sesuatu yang baru, mengakui kesilapan diri, menerima kenyataan (sama ada kalah atau menang) secara terbuka dan sebagainya.
(i) Aktiviti permainan merupakan salah satu contoh kepada guru untuk membentuk suasana pengajaran yang lebih mencabar.
(k) Membolehkan murid memperolehi ilmu pengetahuan (knowledge) melalui pelbagai instument seperti melalui proses pemerhatian, perbandingan dan pembinaan.
(l) Kaedah permainan bahasa juga dapat memudahkan tugas guru disamping tidak mengabaikan konsep pembelajaran Murid akan mempunyai daya kreatif, dan daya saing yang sihat disamping inisiatif yang kuat untuk belajar dan menguasai sesuatu permainan.
Objektif
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga mempunyai beberapa objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah ; [4]
(a) Merangsang Interaksi Verbal Murid
Di dalam permainan yang telah dipilih, murid akan diminta bercakap atau mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Disamping itu, mereka juga diminta memberi kerjasama kepada guru di dalam menjayakan permainan bahasa yang akan dilaksanakan dalam Pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, semua pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga mereka terasa sumbangan mereka dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Mereka juga akan bersedia apabila diminta bercakap mengenai sesuatu tajuk. Semua murid akan mengambil bahagian dan saling berkomunikasi antara satu sama lain di dalam kumpulan. Keadaan sedemikian akan menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan mengawal disiplin bilik darjah supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
(b) Menambah Kefasihan dan Kefahaman
Jenis permainan yang dipilih seharusnya mempunyai matlamat dan objektif iaitu mempertingkatkan kelancaran dan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan di dalam sesuatu permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja, bahkan fungsi berbahasa juga boleh dijalankan dalam berbagai peringkat kerumitan berbahasa. Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan yang memberi arahan misalnya boleh dimainkan kepada semua peringkat bergantung kepada pengetahuan berbahasa dan kefasihan tertentu murid. Murid biasanya akan menjadi lebih seronok apabila berhadapan dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka berbahasa dengan menggunakan bahasa yang telah mereka pelajari. Pada waktu yang sama, guru peranan sebagai pemberi maklumat bahasa.
(c) Bertindak sebagai alat mengikis bosan
Perasaan bosan atau jemu adalah salah satu sifat yang normal bagi seorang guru. Begitu juga kepada murid. Mereka akan menjadi lekas bosan, jemu, mengantuk dan lapar apabila menjelangnya waktu tengahari. Apabila berada dalam situasi sebegini seorang guru yang cuba menyampaikan maklumat atau info terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan tatabahasa ataupun aspek berbahasa yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana suasana pada waktu itu amat menjemukan dan membosankan murid. Oleh yang demikian sebagai langkah altenatif kepada permasalahan ini, satu aktiviti pembelajaran yang berbentuk permainan amat sesuai sekali digunakan sebagai satu teknik pengajaran yang berkesan dan reliven pada waktu itu.
(d) Alat Pemulihan, Pengukuhan dan Pengayaan
Pendekatan permainan amat sesuai sebagai instrument pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Jika dilihat kepada ciri-cirinya, pemainan bahasa dapat membantu kumpulan murid yang lemah dari aspek Intelligent Quality (IQ) untuk memahami pendekatan proses pembelajaran. Kumpulan murid yang bermasalah di dalam akademik juga boleh diatasi dengan pendekatan permainan bahasa. Mereka mungkin menghadapi masalah pengamatan, pendengaran, penangkulan atau recall review dan hafazan akan dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka di dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak permainan.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Rancangan Kurikulum Sekolah Menengah KBSM (1998)[5] juga telah menyenaraikan beberapa objektif permainan bahasa melalui pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ;
(i) Untuk mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
(ii) Untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa tertentu mengikut keupayaan mereka.
(iii) Untuk mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar menggunakan bahasa yang diajar.
(iv) Untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang bahasa.
(v) Untuk berinteraksi secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sama ada melalui perbicangan atau perbualan semasa bermain.
(vi) Memupuk sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin, sabar dan amanah.
2. Ciri-ciri Permainan Bahasa.
Sebelum seseorang guru itu melaksanakan pendekatan permainan bahasa ini. Guru tersebut mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ dan EQ ( Emosional Quality ) murid yang akan diajarnya. Hal ini amat penting supaya set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap pemikiran dan penerimaan murid adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi murid yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar, (jenius) pemainan bahasa ini lebih merupakan proses pengukuhan dan pengayaan. Sebaliknya bagi murid-murid yang lemah IQ ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka memahami proses pembelajaran.
Pastikan permainan bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah memperkenalkan semua perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut.[6] Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti berikut;
2.1. Ciri-ciri umum
(a) Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang difahami.
(b) Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi.
(c) Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-arahan permainan.
(d) Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca.
(e) Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang kepadanya sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu.
(f) Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.
(g) Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat.
( h) Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya.
(a) Gambar-gambar untuk permainan hendaklah terang dan senang difahami.
(b) Arahan dan peraturan permainan hendaklah jelas dan dapat dipatuhi.
(c) Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-arahan permainan.
(d) Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca.
(e) Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang kepadanya sebagai pemerhati untuk jangkamasa yang tertentu.
(f) Pastikan permainan itu mempunyai objektif yag hendak dicapai.
(g) Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat.
( h) Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya.
2.2 Ciri-ciri Khusus
(a) Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
(b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik.
(c) Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan.
(d) Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.
(e) Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.
(f) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas.
(g) Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.
(h) Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
3. Kesan-kesan pengunaan kaedah Permainan Bahasa
Kesan-kesan pengunaan kaedah permainan bahasa ke atas murid sekolah kebangsaan dilihat dari dua aspek. Pertama kesan positif dan kedua kesan negatif.
3.1. Kesan Positif ;
i) Murid lebih bermotivasi untuk mengikuti topik yang diajar.
ii) Lebih menyeronokkan dan pembelajaran lebih ceria.
iii) Murid mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru.
iv) Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.
v) Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama, berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
3.2. Kesan negatif.(a) Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
(b) Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik.
(c) Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan.
(d) Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.
(e) Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.
(f) Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas.
(g) Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.
(h) Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
3. Kesan-kesan pengunaan kaedah Permainan Bahasa
Kesan-kesan pengunaan kaedah permainan bahasa ke atas murid sekolah kebangsaan dilihat dari dua aspek. Pertama kesan positif dan kedua kesan negatif.
3.1. Kesan Positif ;
i) Murid lebih bermotivasi untuk mengikuti topik yang diajar.
ii) Lebih menyeronokkan dan pembelajaran lebih ceria.
iii) Murid mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru.
iv) Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.
v) Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama, berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
i) Permainan memakan masa yang panjang. Guru sukar untuk melaksanakannya kerana peruntukan masa yang terhad..
ii) Murid terlalu leka dengan permainan dan pertandingan sehingga objektif tidak mencapai sasaran sepenuhnya.
iii) Sukar mengawal kelas. Murid akan membuat bising dan mengganggu proses pembelajaran di bilik sebelah.
Iv) Set permainan adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap IQ murid.
v) Sukar mendapat alat BBM yang menarik di pasaran kalau ada pun harga terlalu mahal.
vi) Masalah kewangan untuk membeli bahan atau alat permainan yang siap di pasaran.
vii) Alat BBM yang dibina hanya sesuai untuk satu permainan sahaja.
viii) Kekurangan tempat untuk menyimpan alat permainan dengan selamat.
5. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya. Dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan permainan bahasa merupakan satu teknik yang baik. Hal ini kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal. Bagi guru yang inovatif dan kreatif ia akan mempelbagaikan proses pembelajaran supaya lebih nampak menarik dan menyeronokkan. Dengan kaedah yang digunakan ini akan dapat memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk yang telah diajar oleh guru. Kaedah permainan ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan terutamanya di dalam penggajaran yang berbentuk penggunaan tatabahasa atau aspek berbahasa yang lain.
Tuesday, October 12, 2010
DEFINISI TINGKAH LAKU
Tingkah laku adalah perlakuan atau percakapan seseorang individu. Ia juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar atau separa sedar. Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Garry Martin dan JosephPear (2003) berpendapat bahawa tingkah laku juga merangkumi aktiviti aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar dan aktiviti eletrik oleh setiap organ.
Mengikut (PL94-142) masalah Tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana ciri-ciri yang berikut berlaku dalam tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan ini menjejaskan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif.
DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pengurusan tingkah laku satu perancangan untuk mengubah tingkah laku bermasalah ke satu tingkah laku matlamat yang ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Sebagai guru, kita hendaklah membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif.
• Langkah asas:-
Ø Kenal pasti tingkah laku
Ø Tentukan sasaran
Ø Pilih strategi, kaji kesan
Ø Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru
Tingkahlaku Bermasalah
Tingkah laku Bermasalah terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif merangkumi tingkah laku ingin tahu, tingkah laku cepat belajar, tingkah laku pintar cerdas, dan tingkah laku proaktif.
Tingkah laku bermasalah negatif pula merangkumi tingkah laku yang menghalang (bergantung). Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Ia merujuk kepada rasa kebimbangan iaitu sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri, selain itu, rasa pergantungan berlebihan iaitu terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari. Selain itu, rasa pengunduran diri iaitu malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari dirinya. Selain itu juga, rasa pengasingan diri iaitu tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan
Selain itu juga, ia merangkumi tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ). Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. Ia merujuk kepada hiperaktif iaitu kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif. Selain itu ia merujuk kepada kelakuan nakal iaitu suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Selain itu, bising iaitu kanak-kanak yang menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .selain itu, bergerak sesuka hati iaitu kanak-kanak yang suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. Selain itu, sikap yang ditonjolkan ialah ketawa kuat misalnya ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya. Selain itu juga, sikap yang ditonjolkan ialah agresif secara lisan atau fizikal misalnya menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan.
Selain itu, tingkah laku bermasalah merangkumi tingkah laku anti sosial (distruktif). Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat. Tingkah laku ini merujuk kepada permusuhan nyata iaitu suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya. Selain itu, vandalisme iaitu suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja. Selain itu, kumpulan liar yang melibatkan kanak-kanak yang terlibat dengan kumpulan tidak bermoral. Selain itu, lik iaitu kanak-kanak yang mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik. Selain itu juga, geng iaitu kanak-kanak yang menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.
Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Me on Flickr
Recent Posts
Labels
Popular Posts
-
Terdapat tiga strategi dalam menangani masalah tingkah laku. Antaranya ialah strategi men...
-
DEFINISI TINGKAH LAKU Tingkah laku adalah perlakuan atau percakapan seseorang individu. Ia juga merupakan semua tindakan manusia yang ...
-
Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Di Sekolah PENGENALAN Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika guru itu berm...
-
Pada pagi hari pelajar datang ke sekolah dihantar oleh ibubapa pelajar. Mereka akan bersalaman sebelum masuk ke kelas. Pada pukul 7.40 pag...
-
Saya telah merancang strategi pengurusan tingkah laku bagi menangani tingkah laku bermasalah oleh murid ini. Murid ini gemar men...
-
Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan Pendidikan Khas : • Guru menguruskan tabung kebajikan untuk pelajar • Sumbangan dari badan-bada...
Blog Archive
About Me
- Air Neslo Beng
- I'm a student for 5 years in IPTB (Institut Perguruan Kota Bharu),lets share together about blogging world.
Powered by Blogger.